ABSTRAK


Inovasi ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan Model Fre BoD sebagai satu usaha bagi mengatasi masalah pemahaman pelajar dalam melukis atau melakar gambarajah jasad bebas (Free Body Diagram) bagi matapelajaran Fizik. Tujuan inovasi ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam melukis gambarajah jasad bebas terutamanya untuk daya normal (Normal Force) dan daya berat (Weight) bagi satah condong (Inclined  plane). Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, temu bual di dalam kelas serta soalan latihan dan kuiz. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat menguasai konsep asas dalam melukis gambarajah jasad bebas. Model Fre BoD digunakan dan hanya memfokuskan kepada cara atau kaedah melukis gambarajah jasad bebas di atas satah condong. Pelajar menjawab ujian pra sebelum didedahkan dengan model Fre BoD. Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan model Fre BoD, pelajar menjawab ujian pasca. Pelajar juga menjawab soal selidik selepas proses PdP. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Hasil dapatan ujian pencapaian menunjukkan peningkatan pemahaman pelajar dalam melukis gambarajah jasad bebas. Kesimpulannya, Model Fre BoD ini berjaya meningkatkan pemahaman dan motivasi pelajar dalam tajuk Force. Implikasinya model Fre BoD juga boleh dijadikan rujukan kepada pensyarah fizik dalam membantu pelajar memahami tajuk Force dengan lebih berkesan. 


No comments:

Post a Comment