CADANGAN
PENGGUNAAN MODEL Fre bOd
Sekiranya
seorang pensyarah dapat mengenalpasti asas pemahaman konsep serta salah tanggap
konsep oleh pelajar maka sewajarnya memberikan suatu pendekatan alternatif yang
dapat memperbaiki kelemahan pemahaman pelajar. Pelajar kita memerlukan suatu
pendekatan pengajaran yang fleksibel dan mudah diaplikasikan oleh mereka. Dalam
memahami konsep FBD (Free Body Diagram) ini, pensyarah perlu kreatif untuk meningkatkan
pemahaman mereka. Justeru itu, Model Fre BoD boleh digunakan untuk
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan lakaran atau FBD . Model ini merupakan
rangka kajian yang dirancang pada semester lepas dan dilaksanakan dalam kajian pada
Semester I sesi 2017/2018.
APAKAH MODEL Fre BoD?
Model Fre BoD (Free Body Diagram) merupakan
satu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pemahaman
pelajar dalam tajuk forces. Fungsi model ini untuk memudahkan
pelajar sederhana melukis atau melakar FBD
Pembinaan model ini terdiri daripada
pembaris, tali, pemberat dan magnet.
Fre BoD
Bahan yang digunakan : pembaris, tali, pemberat dan magnet.
Jalur magnet (Magnetic Stripe) : mewakili Daya Normal (Normal Force)
Pembaris (Ruler): mewakili Satah (Plane)
Klip kertas besi (Binder Clip): mewakili objek (Object)
Klip kertas plastik dan Tali (Plastic binder clip and String): mewakili Berat (Weight)
CARA PENGGUNAAN MODEL Fre BoD
Fre BoD dilekatkan pada whiteboard
😀 Objek berada pada permukaan yang rata @ satah yang mendatar
Semasa keadaan satah adalah mendatar, dapat dilihat daya normal (Normal force) adalah ke atas dan berat (Weight) menuju ke bawah
CONTOH :
✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂
😁 Objek berada pada permukaan satah condong
@
Tarik satu hujung satah (pembaris) ke atas atau ke bawah
Di situ dapat dilihat tali dan klip kertas plastik akan sentiasa menuju ke bawah, ia mewakili berat objek (weight)
Manakala jalur magnet (yang mewakili daya normal) akan sentiasa bersudut tepat (perpendicular) dengan satah (pembaris)
CONTOH :
✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂
😃 Objek berada pada permukaan yang menegak
Di sini dapat dilihat tali dan klip kertas plastik akan sentiasa menuju ke bawah, ia mewakili berat objek (weight)
Manakala jalur magnet (yang mewakili daya normal) akan sentiasa bersudut tepat (perpendicular) dengan satah (pembaris)
CONTOH :
Video di bawah menunjukkan langkah - langkah penggunaan Fre BoD
No comments:
Post a Comment