Wednesday 20 February 2019

IMPAK


LATIHAN

Ini adalah soalan latihan yang diberikan kepada pelajar










Pelajar lebih memahami FBD menggunakan model Fre BoD ini dan dapat membuat latihan dengan lebih baik. 

LATIHAN YANG TELAH DIBUAT OLEH PELAJAR











PELAKSANAAN

CADANGAN  PENGGUNAAN MODEL FRE BOD

Sekiranya seorang pensyarah dapat mengenalpasti asas pemahaman konsep serta salah tanggap konsep oleh pelajar maka sewajarnya memberikan suatu pendekatan alternatif yang dapat memperbaiki kelemahan pemahaman pelajar. Pelajar kita memerlukan suatu pendekatan pengajaran yang fleksibel dan mudah diaplikasikan oleh mereka. Dalam memahami konsep FBD (Free Body Diagram) ini, pensyarah perlu kreatif untuk meningkatkan pemahaman mereka. Justeru itu, Model Fre BoD boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan lakaran atau FBD . Model ini merupakan rangka kajian yang dirancang pada semester lepas dan dilaksanakan dalam kajian pada Semester I sesi 2017/2018.




APAKAH MODEL Fre BoD?

Model Fre BoD (Free Body Diagram) merupakan satu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam tajuk forces. Fungsi model ini untuk memudahkan pelajar sederhana melukis atau melakar FBD


Pembinaan model ini terdiri daripada  pembaris, tali, pemberat dan magnet. 


BAHAN - BAHAN MODEL Fre BoD




Fre BoD

Bahan yang digunakan  : pembaris, tali, pemberat dan magnet.

Jalur magnet (Magnetic Stripe) : mewakili Daya Normal (Normal Force)
Pembaris (Ruler): mewakili Satah (Plane)
Klip kertas besi (Binder Clip): mewakili objek (Object)
Klip kertas plastik dan Tali (Plastic binder clip and String): mewakili Berat (Weight






CARA PENGGUNAAN MODEL Fre BoD

Fre BoD dilekatkan pada whiteboard

😀 Objek berada pada permukaan yang rata @ satah yang mendatar


Semasa keadaan satah adalah mendatar, dapat dilihat daya normal (Normal force) adalah ke atas dan berat (Weight) menuju ke bawah 

CONTOH :



✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂


😁 Objek berada pada permukaan satah condong


@



Tarik satu hujung satah (pembaris) ke atas atau ke bawah 
Di situ dapat dilihat tali dan klip kertas plastik akan sentiasa menuju ke bawah, ia mewakili berat objek (weight)
Manakala jalur magnet (yang mewakili daya normal) akan sentiasa bersudut tepat (perpendicular) dengan satah (pembaris)

CONTOH : 




✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂


😃 Objek berada pada permukaan yang menegak



Di sini dapat dilihat tali dan klip kertas plastik akan sentiasa menuju ke bawah, ia mewakili berat objek (weight)
Manakala jalur magnet (yang mewakili daya normal) akan sentiasa bersudut tepat (perpendicular) dengan satah (pembaris)

CONTOH :
























Friday 11 January 2019

PENYATAAN MASALAH



Masalah pelajar dalam melukis gambarajah jasad bebas terutamanya untuk satah condong


Isu prihatin yang kami kenalpasti adalah masalah pelajar dalam melukis gambarajah jasad bebas terutamanya untuk satah condong dan menentukan arah bagi leraian daya tersebut.


Refleksi dilakukan ketika pensyarah meminta pelajar menjawab latihan tutorial yang telah diberikan awal kepada mereka. Ramai pelajar tidak berjaya menyelesaikan hampir kesemua soalan gambarajah tersebut dengan baik. Melalui pemerhatian di dalam kelas, temu bual dan kuiz juga mendapati pelajar mengalami situasi berikut.


📌Mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan lukisan gambarajah jasad bebas.

📌Tidak yakin dengan jawapan yang diberi

📌Tidak tahu langsung menjawabnya dengan alasan tiada idea atau tidak faham dan masih keliru.



Situasi ini menjadikan cabaran kepada semua pensyarah Fizik supaya mencari strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih efisien.

ABSTRAK


ABSTRAK

Inovasi ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan Model Fre BoD sebagai satu usaha bagi mengatasi masalah pemahaman pelajar dalam melukis atau melakar gambarajah jasad bebas (Free Body Diagram) bagi matapelajaran Fizik. Tujuan inovasi ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam melukis gambarajah jasad bebas terutamanya untuk daya normal (Normal Force) dan daya berat (Weight) bagi satah condong (Inclined  plane). Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, temu bual di dalam kelas serta soalan latihan dan kuiz. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat menguasai konsep asas dalam melukis gambarajah jasad bebas. Model Fre BoD digunakan dan hanya memfokuskan kepada cara atau kaedah melukis gambarajah jasad bebas di atas satah condong. Pelajar menjawab ujian pra sebelum didedahkan dengan model Fre BoD. Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan model Fre BoD, pelajar menjawab ujian pasca. Pelajar juga menjawab soal selidik selepas proses PdP. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Hasil dapatan ujian pencapaian menunjukkan peningkatan pemahaman pelajar dalam melukis gambarajah jasad bebas. Kesimpulannya, Model Fre BoD ini berjaya meningkatkan pemahaman dan motivasi pelajar dalam tajuk Force. Implikasinya model Fre BoD juga boleh dijadikan rujukan kepada pensyarah fizik dalam membantu pelajar memahami tajuk Force dengan lebih berkesan. 





Fre BoD

PdP Inovatif kms2019
Fre BoD