ABSTRAK
Inovasi
ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan Model Fre BoD sebagai satu usaha
bagi mengatasi masalah pemahaman pelajar dalam melukis atau melakar gambarajah
jasad bebas (Free Body Diagram) bagi matapelajaran Fizik. Tujuan inovasi ini dilaksanakan
bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam melukis gambarajah jasad
bebas terutamanya untuk daya normal (Normal Force) dan daya berat (Weight) bagi
satah condong (Inclined plane). Tinjauan
awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, temu bual di dalam kelas serta
soalan latihan dan kuiz. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat menguasai
konsep asas dalam melukis gambarajah jasad bebas. Model Fre BoD digunakan dan
hanya memfokuskan kepada cara atau kaedah melukis gambarajah jasad bebas di
atas satah condong. Pelajar menjawab ujian pra sebelum didedahkan dengan model
Fre BoD. Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan model Fre
BoD, pelajar menjawab ujian pasca. Pelajar juga menjawab soal selidik selepas
proses PdP. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Hasil dapatan
ujian pencapaian menunjukkan peningkatan pemahaman pelajar dalam melukis
gambarajah jasad bebas. Kesimpulannya, Model Fre BoD ini berjaya meningkatkan
pemahaman dan motivasi pelajar dalam tajuk Force. Implikasinya model Fre BoD
juga boleh dijadikan rujukan kepada pensyarah fizik dalam membantu pelajar
memahami tajuk Force dengan lebih berkesan.
No comments:
Post a Comment