Friday 11 January 2019

PENYATAAN MASALAH



Masalah pelajar dalam melukis gambarajah jasad bebas terutamanya untuk satah condong


Isu prihatin yang kami kenalpasti adalah masalah pelajar dalam melukis gambarajah jasad bebas terutamanya untuk satah condong dan menentukan arah bagi leraian daya tersebut.


Refleksi dilakukan ketika pensyarah meminta pelajar menjawab latihan tutorial yang telah diberikan awal kepada mereka. Ramai pelajar tidak berjaya menyelesaikan hampir kesemua soalan gambarajah tersebut dengan baik. Melalui pemerhatian di dalam kelas, temu bual dan kuiz juga mendapati pelajar mengalami situasi berikut.


📌Mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan lukisan gambarajah jasad bebas.

📌Tidak yakin dengan jawapan yang diberi

📌Tidak tahu langsung menjawabnya dengan alasan tiada idea atau tidak faham dan masih keliru.



Situasi ini menjadikan cabaran kepada semua pensyarah Fizik supaya mencari strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih efisien.

ABSTRAK


ABSTRAK

Inovasi ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan Model Fre BoD sebagai satu usaha bagi mengatasi masalah pemahaman pelajar dalam melukis atau melakar gambarajah jasad bebas (Free Body Diagram) bagi matapelajaran Fizik. Tujuan inovasi ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam melukis gambarajah jasad bebas terutamanya untuk daya normal (Normal Force) dan daya berat (Weight) bagi satah condong (Inclined  plane). Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, temu bual di dalam kelas serta soalan latihan dan kuiz. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat menguasai konsep asas dalam melukis gambarajah jasad bebas. Model Fre BoD digunakan dan hanya memfokuskan kepada cara atau kaedah melukis gambarajah jasad bebas di atas satah condong. Pelajar menjawab ujian pra sebelum didedahkan dengan model Fre BoD. Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan model Fre BoD, pelajar menjawab ujian pasca. Pelajar juga menjawab soal selidik selepas proses PdP. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Hasil dapatan ujian pencapaian menunjukkan peningkatan pemahaman pelajar dalam melukis gambarajah jasad bebas. Kesimpulannya, Model Fre BoD ini berjaya meningkatkan pemahaman dan motivasi pelajar dalam tajuk Force. Implikasinya model Fre BoD juga boleh dijadikan rujukan kepada pensyarah fizik dalam membantu pelajar memahami tajuk Force dengan lebih berkesan. 





Fre BoD

PdP Inovatif kms2019
Fre BoD